Pages

Powered By Blogger

Monday, December 13, 2010

Umno Pembawa Agama Songsang-Tonggang


Malam tadi entah macamana, saya telah berdebat dgn salah seorang juak UMNO dalam facebook (pakai FB punya chat). Banyaklah topik yang kami perdebatkan. Namun, saya lihat sendiri betapa dangkalnya hujjah juak2 UMNO ni. Benda senang pun tak nampak.

Nak jadi cerita masuklah bab tuduhan liwat/Qazaf. Saya kata, saya tak boleh tuduh orang berzina tanpa 4 orang saksi sebaab itu ajaran Nabi saya, yakni Nabi Muhammad SAW.

Dia kata Nabi dia pun Nabi Muhammad. Saya kata Nabi dia adalah Dr Mahathir Muhammad sebab Dr Mahathir pernah kata kalau nak tunggu 4 orang saksi sampai bila pun Anwar Ibrahim tidak akan didakwa.

Dalam kes Qazaf, kamu ambil "petunjuk" dari Dr Mahathir dan buang petunjuk dari Nabi Muhammad SAW.

Maka, Nabi kamu adalah Dr Mahathir Muhammad. Nabi kami adalah Nabi Muhammad SAW.

Saya kata begitu sebab perkataan "Nabi" dalam bahasa Arab ertinya "pembawa khabar". Ertinya, Nabi Muhammad adalah pembawa khabar dari Allah SWT.

Apabila ajaran Nabi ditolak, ertinya kita telah mengambil NABI BARU. Dalam kes orang UMNO dan hukum Qazaf, Nabi mereka adalah Dr Mahathir Muhammad. Habis cerita.

Bukan setakat hukum qazaf sahaja, perkara lain yang diharamkan Islam banyak dihalalkan oleh UMNO. Contohnya, judi, arak, membuat fitnah, korupsi, menipu, berdusta, kronisma, sihir, murtad, hiburan berlebihan, bunuh Ustaz Ibrahim Libya, khurafat dan bidaah (macam Zambry786 buat)dsbnya.

PAda waktu yang sama, perkara yang tidak diharamkan oleh Islam, diharamkan oleh UMNO. Contohnya: orang bukan Islam masuk masjid, orang bukan Islam gunakan Al Quran untuk berhujjah, ahli kitab gunakan kalimah Allah, doa supaya orang bukan Islam masuk Islam dsbnya.

DAN juga, perkara yang DIWAJIBKAN ALLAH, ditolak oleh UMNO. COntohnya: Hudud dan Qisas. UMNO secara TERBUKA menolak hukum hudud dan Qisas yang DIWAJIBKAN oleh Allah SWT ke atas semua orang Islam

Harap semua ahli UMNO beringat. Perkara Qazaf ini adalah perkara agama dan ianya diperhitungkan di akhirat kelak.

( DIMANA UMNO KUAT DI SITU RAMAINYE MELAYU2 MEREMPAT )
Wallahualam

Friday, December 3, 2010

Bersedialah Melihat Anak2 Gadis Kita Jadi Pelacur Selagi UMNO Terus Memerintah

Ramai yang agak marah bila saya kata begitu dalam artikel saya sebelum ini. Tapi, ini bukan saya kata kosong-kosong. Ini adalah berdasarkan pengalaman yang dialami oleh kawan-kawan kita dari negara jiran yang kita panggil Indonesia. Ertinya, ia bukan sekadar teori sahaja tetapi perkara yang berlaku dengan benar dan di depan mata.

Dahulu, Indonesia adalah sebahagian dari negara OPEC, yakni negara pengengkspot minyak terbesar di Asia Tenggara. Sewaktu zaman Suharto memerintah, Indonesia dibanjiri dengan duit minyak yang amat banyak sekali.

Oleh kerana Suharto adalah dictator, maka hampir keseluruhan duit minyak Indonesia telah dirompak oleh beliau dan juga kroni-kroni beliau. Juga, tidak dilupakan yang merompak itu adalah anak-anak dan cucu-cucu Suharto.

Pada waktu yang sama, Suharto telah menurunkan harga beberapa komoditi dan makanan (i.e. beras) untuk menghalang majoriti rakyat Indonesia dari memberontak menentang pemerintahan beliau. Sewaktu Suharto, rakyat Indonesia majoriti tetap miskin tapi tidak merempat kerana ada wnag minyak yang membantu sedikit sebanyak. Pada waktu yang sama, majoriti wang minyak masih dirompak Suharto.

TIBA TIBA WANG MINYAK HABIS

3 tahun sebelum kejatuhan Suharto, PERTAMINA telah pun bangkrap. Wang minyak telah habis dirompak Suharto sekeluarga serta kroni. Apabila jatuh sahaja Suharto, tiba-tiba Indonesia menjadi papa kedana. Segala wang Indonesia telah hilang dan dibawa lari oleh perompak-perompak yang disokong Suharto.

Dengan sekelip mata, segala harga barang menjadi terlampau mahal. Tiada lagi wang yang ada untuk memastikan harga barang kekal murah macam zaman Suharto.
KESILAPAN REFORMASI: Kesilapan besar mereka adalah selepas kejatuhan Suharto, kekayaan Suharto dan sekeluarga tidak diambil balik. Sepatutnya jatuh sahaja Suharto, kesemua ahli keluarganya harus di penjara dan tidak dilepaskan selagi kekayaan mereka tidak dipulangkan sepenuhnya.

Apabila harga barang naik dan ekonomi Indonesia hancur, maka ramailah rakyat Indonesia yang kelaparan. Dalam keadaan sebegitu, maka hampir 1.5 juta gadis di Indonesia diketahui menjadi pelacur sepenuh masa di Indonesia sekarang ini. Dan jumlah ini semakin bertambah bukan berkurang.

Mereka terpaksa melacur demi menanggung keperluan hidup serta kemencari sesuap nasi. Kalau mereka tak melacur, nescaya mereka akan mati kelaparan. Tak heranlah Dr Masyitah dulu dah siap-siap bagi fatwa melacur kerana kesempitan hidup tak salah.
Itu sebenarnya amaran secara tersembunyi dari Dr Masyitah akan masa depan anak-anak gadis Malaysia dalam masa terdekat hasil dari wang minyak kita habis dirompak UMNO dan BN. Kita nanti terpaksa berbuat demikian juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO bermula dengan Daim Zainuddin.

GADIS2 INDONESIA JADI PELACUR KESAN WANG MINYAK HABIS DIROMPAK

Di Malaysia, kita masih ada lagi minyak. Namun, saya diberitahu oleh sumber yang berotoriti bahawa hasil minyak Malaysia makin habis. Di waktu yang sama, sepanjang wujudnya Petronas, telah hampir RM460 billion telah diberikan kepada kerajaan Malaysia oleh Petronas

Itu jumlah yang kita ketahui hasil dari Dr. Mahathir menyerang Pak Lah baru-baru ini. Kalau Dr M tidak mengamuk pada Pak Lah, kita pun tak tahu berapa kerajaan dapat dari Petronas.

Kita semua tahu kerajaan Norway menggunakan keuntungan dari hasil Petroleum mereka untuk disimpan ke dalam sebuah tabung bagi menjamin masa depan dan hari tua rakyat Norway.

Soalnya sekarang kemanakah wang minyak Malaysia telah dibelanjakan.

BEBERAPA SOALAN YANG MENJADI PERTANYAAN

Saya bawa kembali dari artikel saya sebelum ini. Cumanya, saya nak tambah sedikit, semalam saya check EPF saya dan saya tak nampak ada apa-apa caruman dari Petronas ke dalam akaun saya.

Saya juga membawa satu komen dari pembaca saya yang menjelaskan keadaan sebenar berkenaan dengan wang minyak kita:

Anonymous said...
I am 40 years old now. I have NEVER EVER seen a single sen of Petronas's money for 40 years.

I believe as long as BN is still in power, I will NEVER EVER see a single sen of Petronas's money for the next 40 years.
January 18, 2010 10:40 AM


Kena bayar ke Petronas lagi ada bila isi minyak. Petronas nak bagi tandas dia bersih pun tak boleh.

Apa sangat duit Petroleum yang kita nikmati? Kalau nak kata kita dapat jalan, semua highway di Malaysia dikenakan tol yang semakin menaik.
Harga kereta pun mahal. 1/8 gaji tiap2 bulan terpaksa pergi ke kereta kita.
Kalau nak kata harga minyak murah, tak murah jugak. Kalau nak kata harga barang makan makin murah, barang makanan makin mahal dan semakin mahal.

Kalau nak kata gaji kita makin naik, tak naik jugak. Harga rumah pun tak lah murah disebabkan kita banyak duit minyak. Harga rumah tidak murah dan tiada bantuan dari kerajaan pun untuk bantu rakyat Malaysia beli rumah.

Kenapa Petronas tak boleh bagi "Geran Rumah" kepada semua rakyat Malaysia yang baru berkahwin bagi memudahkan pembelian rumah? Negara takda minyak seperti Australia boleh beri? Dalam RM 50k bagi satu famili pun apa salahnya.

Kalau nak ikut Norway, wang minyak akan dimasukkan ke EPF. Tapi, kita tengok takda pun Petronas masukkan duit minyak dalam EPF menyebabkan peratus keuntungan EPF tidak naik-naik.

Dari segi pelajaran pun, kita tak tengok Petronas membantu ramai pelajar-pelajar dari segi pembiayaan pembelajaran. Hanya beberapa kelompok kecil anak-anak serta kaum keluarga pekerja Petronas sahaja.

Dari segi pembiyaaan kesihatan lagi teruk. Sapa yang pergi ”Prince Court”, harga rawatan separa dengan hospital-hospital swasta yang lain. Takda pun murah. Dari segi tenaga elektrik, kadar makin mahal bukan murah.

Kehidupan rakyat Malaysia makin terhimpit namun tiada nampak ada usaha menggunakan wang minyak Malaysia untuk memudahkan hidup rakyat Malaysia.

Jadi, dimanakah RAKYAT MALAYSIA serta ORANG MELAYU dapat merasai nikmat wang minyak Malaysia?

Saya percaya 99% rakyat Malaysia tak dapat rasa pun nikmat wang minyak Malaysia.

HUJJAH JUAK UMNO DALAM ISU INI DIJAWAB

Ada seorang juak UMNO telah cuba untuk menjawab artikel saya dengan menyenaraikan beberapa program kerajaan Malaysia yang kononnya wang minyak dibelanjakan. Ikutilah jawapan dari Sebatang Kara terhadap percubaan juak UMNO bernama Grand Marquis:
“ Sebatang kara said...
GM yang kata:

Anda sanggup angkat penulis upahan Barry dalam buat tuduhan bodoh pada Mahathir, dan secara membuta tuli kata mana pergi duit 100b yang kerajaan terima. Oiii TB. 22 tahun dengan 100b. Buat KLIA, Putrajaya, LRT, Monorel, Komuter, Lebuh Raya, KLCC, Sepang dan macam-macam lagi. Apakah benda-benda ini bukan hasil dari duit petronas.


Buat KLIA - Berapa kerat yang dapat manfaatnya kalo bukan kroni and the gang. Airport LIMO sapa yang punya. Lagi MAB bagi insentif kat AIRASIA (kalo rakyat marhaen guna istilah subsidi). Projek inipun projek mega untuk kroni and the gang.

Putrajaya - projek mewah untuk pemimpin rakus dan rakyat kelas elit.

LRT, Monorel - Bagi projek kat kroni, lepas tuh, kerajaan abis beberapa Billion lagi untuk bail out.

Lebuhraya - Hawaq, kalau naik tak kena bayaq kerr. Lagi nak naik tol ada laaa.

KLCC - Satu lagi projek kelas elit dan bukan untuk rakyat marhaen. Ingat dulu dalam parlimen ada dibahaskan pasal layanan pengurusan Suria KLCC terhadap peniaga bumiputra. Sewa dinaikkan sesuka hati setiap tahun dan perlu mengikut standard yang ditetapkan (standard oghang putih) sehingga Restoran seorang Cina Muslim 'Kelantan Delights' terpaksa ditutup akibat tak tahan dengan tekanan pihak pengurusan pihak Suria KLCC.

Sepang - Baru-baru ini FIA melaporkan bayaran penganjuran oleh Sepang adalah tertinggi untuk menganjurkan Formula 1.

Satu lagi Petronas saya tak puas ati nih. Saya tak pernah tengok satu pun program CSR yang dianjurkan oleh Petronas. Mereka lebih suka menaja program ratusan juta ringgit luar negara berbanding program CSR untuk rakyat marhaen.
January 18, 2010 12:44 PM


Ertinya wang minyak MALAYSIA kekal hilang dan hilang selama-lamanya. Kita sendiri takkan menyesal sampailah nanti anak2 gadis kita terpaksa melacur diri untuk menyara hidup. Nauzubillah min zalik.

SELAGI UMNO TERUS MEMERINTAH, BERSEDIALAH ANAK2 GADIS KITA JADI PELACUR

Itulah dia hakikatnya. Selagi UMNO terus memerintah, selagi itu duit minyak kita terus dirompak oleh puak-puak UMNO ni.
Bodohnya NGO2 Melayu dan Islam berjuang isu Kalimah Allah padahal isu wang minyak ini lebih besar dan bermakna bagi Islam dan bagi menjamin anak2 gadis kita tidak perlu melacurkan diri di masa hadapan untuk mencari sesuap nasik.

seefu84

Wednesday, November 10, 2010

Abah.... Itu Burung Apa..??? wakaka...

Aku sejak tengok iklan petronas yang raya tuh, pantang dengar perkataan burung tau.., lagi2 kalau dengar pepatah iklan tuh... burung ape? burung murai nak.... budak2 nih selalu jer sebut.... geram gak arr.... namun kutabahkanlah jugak kalau tak makan free budak2 nih.. dengan pelempang cap tangan aku.... hehehehe (itu pun kalau berani...)

Mari Kita baca version iklan burung murai yang dulu dulu sebelum petronas wat version baru...;


iklan tahun 1942

Anak: burung ape tu.. abah?
Bapa: burung murai..
Anak: burung ape?
Bapa: burung murai…
Anak: burung ape???
Bapa: BURUNG MURAI LA!!! BUTA KAYU KA??? LAHABAU!!!!! HAWAUUU !!! TIKAUUII !!(Mhuahahhahahhaah ! !!!!)

iklan tahun 1979
Anak:Abah, TU burung ape?
Bapak:Burung Murai, nakk..
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
PELEMPANGGGGGGGGGGG GGGGG!!!! (Sibapak tampor)
Anak : HuaaaaaaHuaaaaaaaHu aaaaaaa!! (meleleh air Mata)
Bapak : Besok kalau Tuhan kasi betul-betul telinga kau Tuli baru kau tahu! Udah!!! Jangan permainkan orang
tua-tua tak baik...!!!!


iklan tahun 2007
Bapak: Amin, TU burung ape?
Anak : Burung Murai, ayah?.
Bapak: Burung aper?
Anak : Burung Murai
Bapak: Aa.. AA... yer burung Murai.
Anak : Eh...!!! Kenaper abah tak ulang-ulang tanya? Masih power telinga abah ni yer....
Bapak: Yer...!!! Masa dulu kalau arwah datuk kamu panggil Abah suruh ke kedai ke aper, sekali panggil
Jer abah dah menyahut. Abah tak berani nak wat pura-pura pekak macam Ngko selalu buat tue. Barangkali itulah yang jadi barakahnyer, jadi telinga abah ni Tuhan kasi klear... sampai sekarang. Huh.. Huh.. Huh... Huh... (yg ni part yg aku gelak siot..)

iklan tahun 2020
Anak : Abah, TU burung ape?
Bapak: Burung Murai, nakk..
Anak : Burung ape??
Bapak: Burung Murai..
Anak : Burung ape??
Bapak: Burung bapak…
Anak : Bapak ape???
Bapak: Bapak kau..
Anak : HuhHuhHuh


iklan tahun 2012 : Burung Murai tapi version siput babi

Anak : Ayah, ni siput apa?
Ayah: Siput babi....
Anak: Siput apa?
Ayah: Siput babi....
Anak: Siput apa?
Ayah: Siput babi nak....
Anak: Siput apa?
Ayah: Siput babi sayang....
Anak: Siput apa?
Ayah: Siput la...... babi..!!!

*** Moral: Hormati la orang tua kamu.. hahahaha... itulah... suka sangat main2 ngan orang tua... padan muka..!!!!

Wednesday, November 3, 2010

bebudok kelate... Edisi Kantoi...????

Nih... gua nak mintak mamat poyo si bebudok kelate tolong translate sikit... oghang nogori sembilan kecek kelate.... ke guane... ha..ha..ha....

Apabila bahasa Kelate di KL kan..., baco sapa abis ni...baru demo pehe.. buleh tehe nak suko selok.. kawe guling bating do-de-do-de baco.. hahaha..

Kantoi 1: Gu kawe kijo hotel, dio sepatutnyo anta guest pegi airpot tapi huje pulok, dio tunggu la sapa uje berenti baru dio oyak ko guest, kawe denga dio oyak gini "mari kita pergi encik, hujan sudah SERIK ni"

Kantoi 2: Dulu,mase kawe belaja kat kolej, kelas komputer, kawe aja gu kawe pasal komputer, doh dio slow nok teke tikuh tu, kawe kato la gini "Ming, tunggu gapo laginyo, PENYEK la mouse tu". Gu kawe pun kato, oloh kapong molek bahaso mung, mujur mu tok oyak JIREK…

Kantoi 3: Kawan abang ipar aku kantoi ketika dinner di hotel, biasalah kan waiter akan refill air sejuk dalam gelas, dia kata lebih kurang macam ni semasa waiter itu sedang menuang air kedalam gelasnya..

"adik, dah banyak air tu, PADAM, PADAM.." dengan muka selamba dan serius..

Kantoi 4: kawan aku... dia nak bayar harge pulut lepa kat cafe....dia sebut "pulut LEMPA satu”... sepatutnya pulut panggang .

Kantoi 5: Cikgu: ada berapa jenis KUTUB kat bumi. Murid: dua cikgu. Cikgu: nama dua jenis kutub tersebut. Murid: KUTUB AYAM dan KUTUB DAGING - (khutub @ kerutuk)

Kantoi 6: Cikgu: kenapa baju sekolah awak ade bintik2 hitam? Murid: Baju saya kena PERTIK SAWA cikgu.

Kantoi 7: ni cito aku pulok.... maso mulo2 masuk kolej gi cafe beli air dale gelas plastik macam kat pasar malam, pahtu maso nok bayar tuh... "kak, ada TUDUNG tak?" sambil tangan tunjuk kat atah gelas tuh.... kakak tuh mulo2 tok pehe....doh aku duk tunjuk atah gelah tu dia pun kata... "ooo....penutup".... dengan muko selamba... "a..ah penutup".... malu weh.... hehehehe

Kantoi 8: kawan aku citer cara2 masak kerutup. "mula2 panaskan minyak... masukkan bahan kisar.. tumis hingga naik bau.. kemudian masukkan AWAS....”

Kantoi 9: “saya tinggal bersama ayah, ibu, adik dan kakak. rumah saya berdekatan dengan rumah nenek. kadang-kadang rumah saya BERKUBANG..”

Kantoi 10: Aku pernah dengar statement ni kat bank. “hutang encik yang perlu bayar ialah dua ribu tiga ratus lima puluh ringgit point SAMAS..” yang aku nak sukonyo ore wak oyak tu ore cino...

Kantoi 11: kemarin dulu anak aku muntah atas katil, abih kena cadar ngan toto.. semalam kitaorang tengah masukkan toto ngan cadar dalam mesin basuh, pah aku oyak gini dekat hubby aku .." bang, lupa la nak ambik SAMPUL BANTAL sama.." laki aku bantai gelak..ingatkan surat je ada sampul.. bantal pun ada gak ke?

Kantoi 12: peristiwa kat bandar jengka... member kelantan aku gak... 'BANG MINTAK SUPIK SATU'.. wakakaka... bercakap luar tuh...

Kantoi 13: masa aku study kat UM sewa umah kat bangsar, ada housemate budak kedah nak pinjam motor... dia tanya mana kunci motor aku, dengan machonya aku jawab... 'kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu..' hahahahha....

Kantoi 14: masa di U mulo, ado member aku ni buleh awek budak Johor, memang sokmo berigak ayat kelate time dia berkecek luar ngan awek dia tuh.. contoh paling kelakar aku ingat lagi masa tu dia tengah bergayut tanya khabar awek dia yg demam. "Ayang.. camne dah "sial" ke belum demam ayang tu?" pastuh lagi.. "sori la abang x sempat call ayang, abang tidor strik (straight) tadi"

Kantoi 15: member citer takdih.... si A nampak ular lalu menjerit...." ular.....ular.....katok.....katok..."....

Kantoi 16: ade sorang awek kelate ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije... aritu hotel xdak api (blackout), so guest kol la receptionist: "nape takde api ni..??? "awek: " maaf cik, black out, api berJENTAP"

Kantoi 17: Dalam sebuah komuter... “abang boleh ALIH sikit tak? Saya nak duduk ETEP.”

Kantoi 18: Ada orang luar kelate mari jalan kampung... orang kampung tu tau doh dia orang luar macam budak Aduka tuh..., Ore luar tu gi jale2 umoh woris dia.. woris jauh2.. jadi anak tuan umoh tu nak kecek luar jugak la..

Orang Luar: 'mak ada tak?'
Anak Tuan Umah : "tadi mak ada duk tanah .. dia cakap nak gi tembak, nak gi beli lauk..."
(standard orang2 kampung kat kelantan, waktu2 tengahari, kalau nak beli ikan, mereka akan tunggu penjual ikan datang ngan motor kat tembak (tepi jalan ).

Kantoi 19: haha.. aku ado kisoh saen aku dio nak beli kuih di bazar ramadhan ari tu... die beli kuih rm2 gune duet rm5 pahtu mok cik kedai tu wi balik rm 2.. so dio ni oyak; "mok cik cucur lagi x cukup seringgit.." mok cik ni pon oyak ar.. "cucur xde dek, kalo nak kat kedai sebelah ade".

Kantoi 20: aku teringat pok sedaro aku maso gi kijo s'pore dulu, sebelum tu dia gi jale2 di johor dulu... dia sekali ngan saing dia 3 oghe gilah beli air... pah tu dia tanyo mokcik tu... "kak..... PLETIM adaa ? kakok tu ngango sapa saing2 dia pecoh perut dengar " PLETIM"

Kantoi 21: teringat ado soghe saing crito maso dio baru pindoh singapore... maso tu dio skoloh rendoh lagi... ado sari tu mok dio suruh gi keda beli bare...

saing : toke...kakah sup ada?
toke : hah?? kasut? kasut tak ada...itu terompah ada la...
saing : bukannn...kakah sup la...ada ke?
toke : aiya...saya sudah cakap kasut tak ada...terompah saja ada...
saing : (balik rumoh gi tanyo mok dio kelik) ma...cino tu duk royak kasut kasut tropoh...royak nok kakah sup...duk tawar tropoh dio...
mok saing: ma tok ingak nok royak sini oghe panggel repoh sup (rempah sup)...
saing : pade pong cino tu tok pehe...

Kantoi 22: aritu mak mentua saya ikot balik kedah, time maghrib suami dan abah saya nak pegi surau, mak mentua saya gi tanya kat abah saya "ustaz nok gi balasoh doh ko? "terkejut abah saya. "taklah mek, nak pegi belasah sape pulak ni?"

Kantoi 23: member saya cikgu, jenis pekat giler kelate tapi ngajar di KL... budok2 biaso laa.. gege dale kelas.. pastu dok tubik masuk tubik masuk.. pastu dio jadi maroh gilo... marah ko budok2 tu.

Dia oyak: "awak ni kalau bising sekali lagi.. saya akan suruh awak TUBIK!!!
"budak2 KL hok dengar terpinga-pinga.. "apa dia TUBIK cikgu?"

Kantoi 24: budak kelate:- mu gi beli timun cino kejap. Budak Johor:- nak berapa? Budak kelate: (ngan muka confiden) mu beli daley 4-5 butir jadi ah...

pastuh budak johor tuh pegi kedai nak cari timun cina... selang beberapa minit kemudian... , budak johor: aku cari banyak kedai dah.. takde pun orang jual timun cina... apek buah tuh siap marah aku lagi.. dia kata dia tak pernah pun dengar timun cina, timun india, timun melayu...., masa tuh kitorang dah keras2 ketawa...... lepas explain kat dia yang timun cina tuh tembikai.. ngan dia2 pun ketawa besar.....

Kantoi 25: Sepupu aku hok duk johor balik cuti kat kampung aku.. pah tu gak adik aku nak tido skali depan tv dengan sepupu johor aku tu.. pah tu banyak nyamuk.. dio pun oyat gini.. "BANYAKNYE NYAMUK.. BERBEROM-BEROM (bunyi nyamuk)...hahahaha.

Kantoi 26: Aku sedang melayan anak kawan aku bermain ditaman permainan.. tetiba aku cemas sebab budak2 itu telah buat lari pecut 100 meter.. dengan pantas aku menjerit... "Najib... jangan lari laju2... nanti REBAS!!"Nasib baik aku sorg je masa tu..tp aku tetap gelak sorg diri...suker selok...

Kantoi 27: pengalaman aku, ado ore luar mai umoh tuk aku.. lepas make tengahari, tuk aku wi bantal ko ore tu sambil oyak gini: "guling-guling la dulu mek... lambat lagi nok gi keda" terpinga2 ore tuh... mujo x guling sungguh.. kalu dok gak, pah tanoh la wehh.. rumoh tuk aku tu tinggi.

Kantoi 28: teringat maso kawe ngaji k.l mulo,nk g beli sabun basuh.. "kak sabun SETOKOL"

Kantoi 29: Ambo sediri pun penah kena dulu, gini.. masa kursus BTN, member dorm sebelah bising, selamba je ambo tepik, "weiii, diam la, BOSAN LA ... heheheh.. member kelate pecoh perut suko.. lorat kelantan, istilah Bosan ni ada dua maksud

Kantoi Tahap Dewa : Jusuh dari kelantan, baru datang KL, duk umah sewa kawan2 dia, suatu hari dia ikut kawan dia gi disko, semua kawan2 dia mabuk. Dia cakap kat kawan dia: "berat-berat korang semua nih... dah-dah la tuh....jom KELIK... Galas... ngundi...

Nota: gua petik dari email yang gua sendiri tak paham satu benda pun... muakakakahhhh.

Wednesday, October 20, 2010

JASA-JASA UMNO YG PERLU DIKENANG....HIDUP UMNO....

seefu akan bantu BN menghebahkan segala jasa dan budi yang pernah ditaburkan oleh BN selama ini, seperti di bawah; (ada juga yang dirembat dari Pak Bakaq, cuma edit serba sedikit)

1. Dari kira-kira tiga juta hektar tanah rezab negara sejak merdeka, kini hanya tinggal 1.7 juta hektar sahaja dan siapa yang belasah?

2. Siapakah yang melakukan pengkhianatan terjahat mereka terhadap orang-orang Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 dahulu?

3. Siapakah yang menjadikan peneroka Felda yang rata-ratanya orang Melayu tak ubah seperti rakyat India yang miskin sedangkan Malaysia sebuah negara yang kaya-raya?

4. Siapakah yang kendurikan gitu-gitu sahaja RM50 bilion saham Bumiputera? Itu belum lagi kira
market capitalisationnya.

5. Siapakah yang berpakat dengan Gerakan memingirkan orang-orang Melayu Pulau Pinang?

6. Siapakah yang suatu masa dahulu merentap bantuan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR)?

7. Siapakah yang bunuh orang-orang Melayu Islam di Memali dan Lubok Merbau? (Kalau DAP yang jadi alasan, ketika orang-orang Melayu Islam itu dibunuh, mereka tidak pula berkawan dengan DAP pada masa itu)

8) Kabinet siapakah yang dengan mudahnya ditipu oleh Ling Leong Sick dalam skandal PKFZ?
9) Kerajaan manakah yang membazirkan wang pampasan dalam urusan Jambatan Bengkok Singapura-Malaysia?

10) Kerajaan manakah yang mengadai kedaulatan Pulau Batu Putih?

11) Siapakah yang mengadaikan beberapa blok minyak Malaysia kepada Brunei?

12) Siapakah yang membuat urusniaga pembelian kapal selam Malaysia, sehingga menimbulkan siasatan penyelewengan pembelian di Peranchis dan menyebabkan kematian misteri model Mongolia?

13) Siapakah yang menyebabkan kerugian jutaan RM terhadap syarikat penerbangan Malaysia (MAS)?

14) Kerajaan manakah yang menghina dan mempermainkan agama Islam? Merobohkan masjid?

15) Kerajaan manakah yang meluluskan lesen Judi?

16) Tanah KTM Tanjung Pagar...???? Siapakah punya kerja...????

Perghhhh... banyak lagi kebaikkan jasa dan budi Barisan Nazianal selama ini.... kalau nak di senaraikan satu persatu mau menjadi hikayat 1001 malam....tapi kalau lu orang nak tolong sambung dipersilakan....

Sepatutnya PM harus sedar yang gaji dia, gaji semua menterinya dan gaji semua kakitangan kerajaan sikit sebanyak dibayar dari hasil cukai rakyat.... jadi bersikap jujurlah dengan rakyat... bukannya perbodohkan rakyat.... bangang punya PM....

Wednesday, May 19, 2010

Penilaian Semula Kekalahan BN Di Sibu

Bila masyarakat Dayak sudah pandai berinternet.... penipuan Umno (Baru'ah) / BN sudah terbarai..!! Mat Dayak sekarang sudah baca blog Kerajaan Rakyat...!! Habislah Lu Barisan Nasional... bungkuslah Lu pru 13 nanti.

Inilah antara penyebab kekalahan BN di Sibu. Dayak sudah tidak bolih ditipu lagi.... kalau BN nak tipu jugak.... pergi tipu orang Melayu Felda.

Kalau ada prk di sini, pasti Pakatan Rakyat menang. Bila Pakatan Rakyat menang dalam pru 13, Mat Sabu akan bariskan malaun Umno (Baru'ah)/BN macam dia ni.



Nampaknya Dayak di Sibu jauh lebih cerdik daripada Pak Leman di Rompin. Malah Dayak ini juga nampaknya jauh lebih bijak daripada saudara Nazri- penulis upahan Umno (Baru'ah) dan Dayak ini pastinya lebih jujur daripada sdra Amirmhd- Ketua Cawangan Umno (Baru'ah) di Felda Kampong Israel.

Tuesday, May 11, 2010

PERUBAHAN MENUJU KEJAYAAN


Ini adalah hasil kajian rambang dengan merujuk kepada hasil PRK Hulu Selangor:

Pecahan pengundi Sibu

Cina: 36,646

Melanau: 6,016

Bumiputra: 12,033

Jumlah keseluruhan: 59,695

Pecahan pengundi yang diperlukan oleh PR

Cina: 27,484 (75%)

Melanau: 902 (15%)

Bumiputra: 1,804 (15%)

Jumlah keseluruhan: 30,190

Lebihan: 685.

PR perlu berusaha untuk mendapatkan undi bangsa Malaysia Cina sekurang-kurangnya 80% dan bangsa Malaysia Melanau dan Bumiputera 10% untuk memenangi PRK ini.

Ini melemaskan BN sekira bentuk pendirian Bangsa Malaysia Cina di Hulu Selangor terus kekal di Sibu.

PR perlu menerangkan penyerahan wilayah maritim yang kaya dengan minyak dan gas kepada Brunei satu pengkhianatan dan penderhakaan kepada negara ini.

Ingatkan mereka bahawa Ambalat dan Limbang kemungkinan besar akan diserahkan kepada negara asing sekiranya BN terus menguasai parlimen.

Warga Sibu juga harus diterangkan tentang kes rasuah pembelian aset pertahanan sehingga dakwaan rasuah di buat di luar negara. Tentang Yahudi dalam pentadbiran negara.

Salah guna kuasa Ketua Menteri Sarawak yang mengkayakan keturunan beliau sahaja. PR perlu melakukan kaji silidik sepanjang hari tentang penerimaan calon PR.

Kaji selidik hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya 70% hingga 80% pengundi Sibu. Dari kaji selidik, PR boleh mengatur gerak tempur kawasan yang penerimaan yang lemah agar mereka berubah hati di saat akhir.

PR juga bersedia menyerang habis-habisan bukan lagi bertahan seperti di Hulu Selangor. Jadikan kedudukan menyerang 80% dan bertahan 20%. Gunakan segala khidmat internet sebaran bacaan kepada para pengundi.

Jangan lakukan sesi penerangan bersebelahan BN kerana ianya menyukarkan rakyat melakukan penilaian.

Jadual penerangan atau ceramah hendaklah boleh ubah kerana pertindihan ceramah antara BN dan PR bakal menyebelahi BN.

Ceramah dalam kelompok kecil iaitu di sebelah petang juga memainkan peranan. Ceramah boleh dilakukan di kedai-kedai kopi terutama sekali di kawasan bangsa Malaysia Cina.

Ceramah sepusat tidak perlu diutamakan kerana ianya melibatkan kos yang besar kecuali di bandar Sibu.

Peringatan juga haru diberikan kepada anggota tentera tentang janji manis PRK Bagan Pinang yang masih belum kunjung tiba.

Akhir sekali calon PR hendaklah menjelajah seluruh kawasan PRK Sibu. Lawatan berterusan dan berulang akan merapatkan calon dengan pengundi. Sampaikan wawasan calon secara konstant dan juga dapatkan maklum balas keperluan rakyat.

Ini menunjukkan bahawa calon mula bekerja walaupun belum dipilih. Maklum balas rakyat hendaklah segera disalurkan kepada agensi kerajaan untuk melihat tindak balas mereka.

Ini boleh dilakukan oleh wakil kepada calon dan segala tindak balas hendaklah direkodkan dan dihebahkan kepada pengundi.

Saya amat berharap ianya dapat membantu PR dan saya doakan agar PR menang di PRK Sibu. Hapuskan penderhaka dan pengkhianat negara ini dengan undi anda.

Sunday, April 25, 2010

Benarkah BN menang?


Kemenangan MIC (Bukan umNO) memang telah dijangka. Sejak kekalahan umNO kepada tuntutan MIC, juga kekecewaan Palanivel yang gagal menjadi calon, riak kemenangan BN telah dilihat.

Namun sokongan bukan melayu kepada Pakatan Rakyat sangat memberansangkan. Semangat cocacola melayu umNO dan PERKASA brahim katak memang telah dijangka. Sokongan melayu terutama di kawasan Felda telah dijangka menjadi penghalang besar Pakatan Rakyat.

Dengan undi 23272, ia sesuatu yang sangat memberansangkan berbanding 23177 pada pilihanraya lalu. Ini menunjukkan penambahan undi sebanyak 95 undi . BN melalui MIC pula bertambah sebanyak 2018 undi berbanding yang diperolehi Palanivel pada 2008. Kemenangan MIC (bukan umNO) ini telah dijangka apabila SPR berjaya menyingkirkan sekampung pengundi Hulu Selangor yang dikenalpasti pengundi tegar Pakatan Rakyat sini.

Aura kemenangan MIC (bukan umNO) semakin kelihatan apabila SRP sekali lagi berjaya mengkucarkacirkan tempat pengundian melalui rombakan pusat pengundi.

Dilaporkan ramai yang terkeliru dengan pusat pengundian setelah dirombak. Apapun semangat juang Pakatan Rakyat tidak pernah luntur. PAS sebagai kompenan Pakatan Rakyat terus melipatgandakan usaha dan jentera sekalipun melihat kesukaran terutama setelah pengkhianatan Dr Halili yang tidak dipilih menjadi calon PKR.

Di saat PKR menghadapi serangan dan tikaman dari belakang , PAS terpaksa ke hadapan membentengi Pakatan Rakyat. TGNA yang masih keletihan telah turun membantu sekalipun mendapat pelbagai halangan.TG Presiden telah lama berada di Hulu Selangor.

Ust Nasarudin yang memikul jentera PAS terpaksa melipatgandakan kekuatan jentera menghadapi situsi sukar ini. Mereka yang berada di meda menyaksikan kesungguhan jentera PAS. Hanya mereka yang melihat dari kajauhan dan melapor dari sumber songsang yang menafikan kesungguhan PAS.

Kepimpinan PAS membuktikan kesetiaan di saat rakan Pakatan sedang bergelumang dengan serangan hebat depan dan belakang. DAP yang menjaga bukan melayu tidak menghadapi kesukaran kerana sememangnya kaum bukan melayu khususnya Cina tetap bersama Pakatan Rakyat. Ternyata sokongan bukan melayu tetap bersama Pakatan Rakyat.

Kemenangan tipis dan peningkatan undi Pakatan Rakyat tetap dilihat sebagai satu kemenangan moral berbanding BN yang menjangkakan majoriti lebih 6000 sebagaimana dilaporkan sini. Harapan Mahyudin berkecai apabila majoriti tidak mencecah 2000 .

Ia sesuatu yang memalukan apabila sasaran itu tidak menepati sedangkan ianya dibuat oleh seorang TPM yang memiliki akses maklumat daripelbagai sumber. Mungkin Bloger BN akan menyatakan ianya sebagai psywar (perang psikologi) namun ia tetap memalukan kerana jangkaan yang terlalu meleset dari TPM. Paling membimbangkan ialah undi Cina yang lesap!

Hakikat yang tidak boleh ditolak ialah Hulu Selangor sememangnya kubu BN berdasarkan keputusan sebelum ini. faktor calon BN sebelum ini dilihat faktor kekalahan BN kerana sesuatu yang sangat pelik, BN menyapu kerusi DUN sebaliknya gagal di Parlimen. Dengan pemilihan Kamalanathan ia telah dijangka akan membawa perubahan.

Kekalahan Datuk Zaid dengan majoriti kurang 2000 bukanlah sesuatu yang mengecewakan Pakatan Rakyat. Undi tetap bertambah dalam keadaan pelbagai kesulitan termasuk dari SPR yang terpaksa dihadapi. Ianya adalah Pilihanraya Kecil.

Seluruh jentera kerajaan ditumpukan di Hulu Selangor. Malah undi pun boleh ditolak ke kawasan luar. Apakah mungkin BN melakukan perkara serupa dalam Pilihanraya umum??? tentunya sesuatu yang sangat bodoh jika bagi Bn lalakukan perkara sebegitu.

Kamalanathan akan kesaorangan dalamPilihanraya umum, apatah lagi setelah MIC sendiri kecewa dengan pemilihannya. Kegembiraan Kamalanantah hanya sementara.

Paling lama sebulan kerana selepas ini kamal satu Malaysia ini akan ditinggalkan oleh kepimpinan BN dengan sejuta janji yang telah pasti tidak akan ditunaikan sebagaimana PRK lain sebelum ini. Selamat menanggung janji yang akan menyesakkan dada kamal satu Malaysia.

Friday, April 23, 2010

Najib Razak lebih zalim daripada Yahudi

Kalau Yahudi Israel zalim terhadap umat Islam Palestin, Umno/BN terutama presidennya lebih kejam dan zalim daripada Zionis harami..

“Kita bersetuju untuk membayar RM160,000 seekar, akan dibayar bila tanah dibangunkan... pastikan pada pilihan raya umum akan datang negeri Selangor kembali kepada pangkuan Barisan Nasional,” kata Najib pada majlis khas di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya di sini hari ini.

Lihatlah betapa zalimnya seorang perdana menteri sunggup membuat ugutan terhadap rakyatnya sendiri..? Apakah sekiranya rakyat tidak menyokongnya maka berbillion wang rakyat itu akan disonglapkan untuk agihan para kroni mereka..??

Wahai pengundi Hulu Selangor, saya ulangi pesanan... walau satu undi untuk BN, ianya ibarat menggadai maruah Agama, Bangsa dan Negara kepada Israel. Perlu diingat, lawatan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika dan pertemuan dengan presiden Obama adalah terjemahan kepada sokongan Umno/BN kepada perjuangan YAHUDI..!!!



HULU SELANGOR, 23 April — Datuk Seri Najib Razak berjanji akan menyelesaikan masalah 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya di sini, yang berlarutan lebih satu dekad, dengan syarat Barisan Nasional (BN) merampas kembali Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib, yang juga Pengerusi BN memberi janji ini kira-kira lima jam selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mengambil alih tanah bekas penempatan Felda ini untuk dibangunkan dan membantu peneroka-peneroka terbabit.

Khalid memberikan tempoh tiga bulan kepada pemaju berkenaan untuk tampil dengan pelan pembangunan tanpa mengabaikan kepentingan bekas peneroka terbabit.

Kedua-dua Najib dan Khalid berada di kawasan bekas Felda Sungai Buaya ini ketika tinggal dua hari sebelum pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini.

Daerah mengundi Sungai Buaya menjanjikan 1,700 undi manakala daerah mengundi Bandar Sungai Buaya pula sekitar 550 undi.

Isu ini telah menjadi tuntutan pilihan raya umum 2004 dan 2008 ketika kerajaan negeri masih berada dalam penguasaan BN.

Inilah lagak puteri umno yang telah ditanam dengan semangat pro Yahudi dan menjadi agen zionis

Sunday, April 18, 2010

ARAK & DATO ZAID.......................


Kempen Hulu Selangor sudah pun bermula dengan ganasnya. Barisan Nasional memulakan kempen dengan cubaan melakukan perbunuhan karektor calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan memainkan isu arak.

Datuk Zaid telah pun menjawab bahawa dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

Dipetik daripada Malaysiakini:

Zaid mengakui kepada pemberita bahawa pernah minum alkohol seperti yang didakwa oleh BN dalam kempen mereka. Tetapi katanya, perkara itu dilakukannya ketika masih muda dan beliau kini sudah insaf.

Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t. Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah. Saya bukan seperti pemimpin Umno. Mereka hiprokit.Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah.”

Pengakuan Datuk Zaid menampakkan satu sifat yang jarang kelihatan di kalangan pemimpin UMNO – berani bercakap benar. Walaupun isu arak ini akan merosakkan imej seorang Muslim, namun Datuk Zaid tidak sanggup menipu rakyat Hulu Selangor dan Malaysia sepertimana UMNO-BN.

Bukankah ciri ini ciri yang terpenting dan hilang dari Parlimen negara kita hari ini? Sebagai orang Islam mahupun orang bukan Islam, keberanian mengaku silap dan bercakap benar di hadapan media perdana sepatutnya dikagumi dan dihayati bersama. Itulah yang layak digelar sebagai pemimpin!

Walaupun Datuk Zaid sudah menginsafi dan bertaubat kelakuan silamnya, namun serangan UMNO Barisan Nasional terhadapnya masih tidak putus-putus. Malah, UMNO cuba menggunakan isu arak ini untuk terus mendesak PAS berulang-kali bagi membuat pendirian terhadap masa silam Zaid dalam usahanya memecahkan jentera Pakatan Rakyat.

Kita semuanya hanya insan biasa, semuanya ada dosa masing-masing, namun bagi UMNO, perkara ini tetap tidak boleh diterima dan terus digunakan sebagai senjata kempennya di Hulu Selangor akibat kekurangan modal politik.

Baiklah jika UMNO ingin berkempen atas hal ini, marilah kita renungkan beberapa persoalan di bawah.

1. Jikalau dosa Datuk Zaid tidak boleh diterima, mengapa UMNO membenarkan beliau untuk bertanding pada pilihanraya 2004? Mengapa UMNO mendiamkan diri masa itu?

2. Jikalau dosa Datuk Zaid tidak boleh diterima, mengapa Pak Lah melantik beliau sebagai seorang senator dan Menteri pada zaman Islam Hadhari? Mengapa UMNO mendiamkan diri masa itu?

3. Mengapa UMNO menyerang Zaid hanya pada waktu beliau sudah menjadi calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor? Adakah betul-betul UMNO ikhlas dalam mempertahankan soal isu moral dan akhlak atau mereka ketandusan modal politik?

4. Jika ya, mengapa orang yang bermain politik wang masih menjadi ketua menteri di Melaka? Mengapa orang yang didapati bersalah bermain politik wang masih dicalonkan di Bagan Pinang? Mengapa orang yang bersalah bermain politik wang tidak didakwa oleh SPRM?

5. Sebagai seorang Muslim dan manusia yang beragama, apa sikap yang seharusnya diambil pada orang yang bertaubat? Bukankah kita harus gembira bahawa orang ini telah meninggalkan benda yang haram dan kembali ke landasan yang betul?

Mengapa kita harus dengki dengan orang yang bertaubat? Kemungkinan besar, orang UMNO BN dengki dan cemburu kepada Datuk Zaid kerana tarikan rasuah dan wang tidak memungkinkan mereka untuk bertaubat. Agaknya, dalam hati mereka, orang UMNO atau bekas UMNO mestilah dilihat sekotor mereka – itulah UMNO dulu, kini dan selamanya.

Wahai Muslimin dan Musliman sekalian,

Jika seorang bukan Muslim, yang dahulunya pernah berjudi, meminum arak dan makan khinzir akhirnya mendapat hidayah untuk memeluk Islam, dan anta sekalian boleh menerima dengan hati terbuka, mengapa tidak pada orang Muslim yang sudah bertaubat? Renungkanlah.

Wahai Rakyat Hulu Selangor,

Segala yang kita lakukan perlu ada niat yang baik – samada niat sembahyang, niat bertaubat ... dan lain-lain lagi.

Jikalau UMNO-BN dengan majoriti Parlimen 92% pada 2004, dan berkuasa selama 51 tahun di Selangor tidak ada sebarang "niat" untuk berubah dan mengubah hidup anda, lupakan sahaja slogan UMNO-BN bahawa “BN MAMPU BERUBAH” kerana sememangnya mereka tidak ingin berubah.

Ingatlah, dalam pilihanraya, perkara yang PALING MUSTAHAK ialah pilihlah calon yang pasti TIDAK akan makan-curi-seleweng DUIT RAKYAT; barulah duit rakyat boleh sampai ke tangan rakyat.

Untuk pengetahuan sekalian, isu pemberian hak milik tanah di Hulu Selangor oleh Kerajaan Selangor bukanlah gula-gula pilihanraya Pakatan Rakyat yang cuba di”spin”kan UMNO-BN.

Perkara ini sudah termaksud di dalam bajet Selangor 2010 pada perkara 132 di sini. http://bit.ly/afCbqF .

(132) Kerajaan Negeri amat prihatin dan memberi perhatian yang serius terhadap taraf sosioekonomi orang Asli di negeri Selangor yang seolah-olahnya tidak dibela oleh Kerajaan sebelum ini. Isu tanah pusaka Orang Asli merupakan isu pokok kepada masyarakat yang sekian lama diketepikan oleh pentadbiran Kerajaan Negeri yang lalu. Pada Tahun ini, Kerajaan Negeri telah menjalankan kajian secara mendalam berhubung dengan isu tanah pusaka Orang Asli dan justeru itu, pada tahun 2010 Kerajaan Negeri bersedia untuk memberi milik tanah-tanah pusaka itu kepada Orang Asli yang berhak.. Untuk itu, Kerajaan negeri juga telah menubuhkan Badan Bertindak Tanah Orang Asli yang diketuai dan dianggotai oleh wakil-wakilOrang Asli mereka sendiri, iaitu suatu jawatankuasa unik dan tidak pernah ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Objektif Badan Bertindak ini adalah untuk memastikan bahawa masalah-masalah tanah yang sedang dihadapi oleh Orang Asli dapat diselesaikan melalui perbincangan dengan Kerajaan Negeri.

Jika tiada pilihanraya kecil Hulu Selangor, percayalah hak milik tanah ini tetap akan diberi dan tidak akan dipetik di media arus perdana. Segalanya yang ditohmahkan oleh Barisan Nasional adalah kerana hasrat dengki kerana mereka tidak mempunyai apa-apa modal politik untuk diutarakan selain terus memperbodohkan rakyat.

Adakah bajet negara 2010 mengandungi gula-gula yang ditawarkan oleh UMNO-BN di Hulu Selangor? Rakyat Hulu Selangor, jangan tertipu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

seefu84 berharap segalanya lancar buat Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor.

Tuesday, April 6, 2010

Koleksi artikel wajib baca bab Umno = Zionis...YAHUDI KEPARAT

Hari ini terbaca Malaysiakini kenyataan DSAI 'bongkar' kaitan PDRM dengan Zionis, sila klik sini untuk baca lanjut.

Kenyataan ini mendokong pendedahan cheGuBard mengenai perselingkuhan mungkar Umno dan Zionis dalam PDRM. Sila klik sini untuk baca artikel pendedahan cheGuBard.

Kaitan Regim Bn ini dengan Zionis telah semakin terang. Bermula dari tembakan tepat men genai One Malaysia = One Israel oleh DSAI tetapi cheGuBard sudah tulis ini lama dahulu. Sila klik sini untuk baca.

Bulan Julai 2009 cheGuBard telah menulis mengenai bagaimana Najib membayar RM 20 juta sekurang -kurangnya kepada agensi pro fahaman zionis untuk imej baik. Sila klik untuk baca.

Perjumpaan Zahid dengan Menteri Israel yang banyak meragut nyawa umat Islam telah mengiktiraf negara Israel. sila klik sini untuk baca.

Dibanyak negara Zionis mengeluarkan wang untuk memasuki negara tersebut tetapi berlainan dengan negara Malaysia. Adik Ipar Rosmah membayar kira - kira RM250 juta kepada agensi prozionis untuk terus bunuh nyawa anak Palestin. Sila klik sini.

Sebenarnya kewujudan Malaysia yang ketika semua parti diharamkan kecuali Umno dan kuncu oleh penjajah sebelum menyerahkan merdeka kepada Umno sebagai pewaris penjajah amat rapat dengan zionis. Sejarah Umno Bn dan negara ini cukup rapat dengan Zionis cuba baca sini dengan klik.

Kerana itu sehingga kini Malaysia takut untuk mengiktiraf perjuangan tulen pembebasan Palestin seperti Hamas. Sila klik sini.

Sebaliknya sila klik sini untuk membaca poengiktirafan orang yang sering dikaitkan sebagai agen Amerika kepada Hamas.

Semuanya perlu sedar kepura - puraan regim ini. Israel di dakap tetapi bersandiwara di depan. Sila baca sandiwara demonstrasi budak tangan patah di depan KLCC dengan klik sini.

Sunday, April 4, 2010

Bongkar 30 isu dan strategi kempen BN PRK HULU SELANGOR

Seronok membaca kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar yang mengumumkan bahawa BN akan mengunakan pendekatan ofensif atau menyerang dalam Pilihanraya kecil Hulu Selangor 17 April nanti.

Pertempuran seminggu itu pastinya akan digunakan BN untuk menyerang Pakatan dengan pelbagai isu. Disini saya sekadar ingin berkongsi beberapa bahan, isu dan strategi yang BN akan gunakan menurut pemerhatian semasa dan semakan dibeberapa laman cybertrooper Umno-BN;

Serangan-Isu Tempatan dan negeri;


1. Noh Omar sendiri mengakui bahawa isu utamanya adalah tentang cukai tertunggak YBK dan projek pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, yang terletak dalam bahagian Parlimen Hulu Selangor.
2. Isu Kuil hindu dari seksyen 19 ke seksyen 23 Shah Alam…
3. Isu keuntungan penjualan pasir di Selangor
4. Isu Ladang babi di Mukim Batu, Kuala Langat
5. Isu nama Allah dan perdebatan Khalid dan Zulkifli Nordin
6. Isu rumah urut dan penjualan arak yang kononnya dipertahankan oleh DAP-Ronnie Liu
7. Kerugian Unisel sebanyak RM 20 juta
8. Isu gambar Elizabeth Wong
9. Cadangan Menteri Besar untuk buka UiTM kepada bukan Melayu
10. Isu MB pro bukan Melayu
11. Isu ekonomi dan perkembangan pelaburan di Selangor yang lembab
12. Isu hubungan Pakatan dan Sultan serta cadangan mahu gunakan duit zakat untuk bukan Islam

Serangan-Isu Nasional


1. Isu Liwat Anwar Ibrahim
2. Isu Anwar Agen Yahudi
3. Pengakuan Anwar di Parlimen tentang 16 September
4. Isu kredibiliti Tok Guru Nik Aziz-Tajaan Haji dan Balak Kelantan
5. Isu wakil rakyat Pakatan lompat keluar
6. Pendedahan wakil rakyat bebas di Parlimen dan DUN Perak
7. Isu tahap keutuhan hubungan Pakatan-PAS,PKR, DAP
8. Isu hubungan Pakatan dan Sultan Perak dalam isu rampas kuasa

Pertahanan-Isu Nasional


1. Budget 2010-perbelanjaan pembangunan prasarana termasuk sekolah, masjid surau, dan projek infrastruktur lain.
2. Program MEB-ruang pekerjaan yang lebih banyak
3. Prestasi Kerajaan Najib dan kestabilan negara selepas peralihan kuasa.

Strategi yang akan digunakan

1. Menumpukan sasaran kepada pengundi Melayu. Kalau perasan, kebanyakkan isu hanya tertumpu kepada kepentingan orang Melayu, sebab itulah Umno beria-ria nak bertanding sebab MIC tiada isu yang kuat. Kalau MIC bertanding, sukar Umno nak gunakan isu diatas.
2. Program 1 Malaysia dan juara rakyat akan diadakan disetiap kampung, surau, sekolah.
3. TV dan juga surat khabar semestinya
4. Jangan terkejut kalau keluar lagi buku, dan gambar tentang Elizabeth Wong.
5. Paling panas adalah VCD kes liwat Anwar-Tak Pasal-pasal seluar dalam Saiful jadi bahan kempen….
6. Wakil rakyat bebas mungkin dijemput berceramah…Zahrain dan Berahim Ali akan ambil peluang…sama ada di pentas ceramah atau dalam surat khabar.
7. Jangan terkejut kalau ada ‘ahli’ PKR atau Pakatan lain yang istihar keluar parti lagi…

Saya yakin, ada beberapa lagi isu dan strategi yang mereka sedang ciptakan. Apa jua yang mereka fikirkan, kita juga harus bersedia menjawab dan menyerang. Pertempuran pasti sengit. Peluru atau isu amat penting, tapi jangan lupa strategi. Paling penting rakyat mahu benar-benar rasa didekati. Dan Pakatan jangan ambil mudah dan over confident…

Tuesday, March 30, 2010

Premortem PRK Hulu Selangor III: Pertarungan kalahmati? greensaff.blogspot.com

Premortem PRK Hulu Selangor III: Pertarungan kalahmati?
greensaff.blogspot.com

Antara BN dan PR, kedua-duanya mahukan kemenangan. PR mahu menang untuk menyatakan bahawa BN totally ditolak rakyat. Kemenangan ini juga memberi isyarat bahawa pemerintahan PR di Selangor berjaya. Tambahan pula, PR adalah penyandang kerusi ini. PR tidak mahu kehilangan kerusi mereka di parlimen lagi setelah kehilangan 4 kerusi secara ’percuma’ dek tindakan keluar parti oleh beberapa MP PKR.

Di sebelah BN pula, mereka juga memerlukan kemenangan. Menang untuk menyatakan bahawa rakyat sudah menerima mereka. Menang untuk memulihkan semangat mereka jika dapat merampas kerusi PR setelah kalah di banyak PRK apatah lagi apabila kerusi mereka dirampas di Kuala Terengganu.

BN juga menagih kemenangan ini setelah dimalukan PR pada PRK-PRK sebelumnya..(kecuali Batang Ai dan Bagan Pinang). Mereka mahu buktikan bahawa idea 1Malaysia Najib disenangi rakyat. Jika mereka menang, harapan untuk mempertahankan kerajaan pusat pada PRU 13 masih lagi bersinar.

Kekalahan akan memberikan tekanan yang besar tidak kira kepada PR mahupun BN. Jika PR kalah,bermakna rakyat tidak mempercayai wakil rakyat PR yang suka keluar parti. Jika BN kalah, mereka harus bersedia untuk meninggalkan Putrajaya pada PRU 13.

Apa pun,memang adat petandingan dalam pilihanraya,semua pihak yang bertanding mahu kemenangan. Tidak kira mereka kerajaan,pembangkang mahupun calon bebas.

BAGAIMANA UNTUK BN MENANG????

Bagi BN, mereka mempunyai peluang cerah untuk menang disebabkan 3 kerusi DUN dalam Perlimen tersebut kepunyaan mereka. Mereka perlu menyelesaikan beberapa kemelut sebelum layak digelar pemenang.

PERTAMA, isu calon. Terdapat beberapa pertelingkahan antara MIC dan UMNO untuk meletakkan calon. MIC mahu status quo dikekalkan manakala UMNO mahu calon melayu dari UMNo diletakkan pula di situ.

Bagi UMNO,mereka kalah di peringkat Parlimen disebabkan rakyat tidak sukakan Palanivel dan MIC. Masyarakat setempat mahukan wakil Melayu. Jika kemelut ini dapat dirungkai, jentera BN akan berjalan lancar. Tetapi andainya tidak, mereka bakal hadapi undi protes buat kali kedua.
Kepimpinan BN wajar untuk mempertimbangkan cadangan ini jika tidak mahu dimalukan lagi. Semangat jentera UMNO akan bangkit jika calon dalam kalangan mereka. Lagipun,kawasan ini majoriti Melayu.

KEDUA, untuk BN menang, seperti biasa,mereka akan gunakan semaksima mungkin media yang sememangnya bawah kawalan mereka. Canangan untuk memburukkan PR adalah amat mudah dengan ’skuad tambahan’ ini. Dengan bantuan media ini, jentera BN dilihat tidak perlu bekerja banyak.

KETIGA, pelbagai isu akan dibangkitkan PR pada sesi kempen nanti. BN harus menyediakan jawapan yang konkrit bagi menangkis serangan itu. Tetapi, jika jawapan yang diberikan itu adalah jawapan sekadar untuk berhelah, BN harus bersedia menerima kekalahan.BN harus sedar yang pengundi di Hulu Selangor bukan seperti budak tadika yang boleh ditipu hidup-hidup.

Rakyat sekarang mempunyai pelbagai sumber lain yang mereka lebih mempercayainya. Rakyat memerlukan hujah yang nyata dan tepat. Jika BN senang kalau dTV1,TV2 dan TV3 menyebelahi mereka, mereka harus sedar, TV Selangor dan madia alternatif yang lain lebih dipercayai.

PAKATAN PERLU BERSTRATEGI


Secara psikologi,PR berada dalam tekanan kerana kerusi ini milik mereka. Mempertahankan kemenangan lebih susah daripada bertanding di kawasan lawan.
Walaubagaimanapun, Pakatan Rakyat juga mempunyai peluang untuk menang. Cuma harus diingat kawasan ini bukanlah seperti Permatang Pauh mahupun Kuala Terengganu. Rekod yang PR memenangi kawasan ini baru sekali iaitu pada 2008 yang lalu.

Untuk menang, PERTAMA, kesepakatan antara komponen PR mestilah padu. Kesepakatan yang ditunjukkan dalam siri ceramah ’Selamatkan Malaysia’ dan pada Konvensyen PR yang lalu harus dikekalkan. Jika tidak,rakyat akan melihat mereka tidak mempu untuk menggantikan BN.

Semua jentera parti tidak kira PKR, PAS mahupun DAP mesti degerakkan sepenuhnya. Kobarkan semangat jentera untuk menumbangkan BN. Kesepakatan yang sebelum ini dtunjukkan PR amat menarik perhatian rakyat. Walaupun berbeza ideologi,mereka mesih boleh duduk bersama. Sebagai bukti, kesepakatan yang ditunjukkan mereka telah membuahkan hasil pada PRK-PRK yang lepas.

KEDUA, calon yang diletakkan haruslah orang tempatan. Desas desus yang disebar bahawa PKR akan meletakkan Zaid Ibrahim harus difikirkan semasak-masaknya. Walaupun beliau sudah dikenali ramai,tetapi pandangan dan kehendak akar umbi harus diambil kira. Jangan disebabkan kesilapan memilih calon,mereka terlepas satu lagi kerusi.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin juga dikatakan disebut-sebut sebagai pilihan calon. Namun,Anwar patut mendengar dahulu pendapat ahli cabang Hulu Selangor. Cadangan untuk meletakkan calon PAS juga perlu ditangguhkan. Bak kata Hadi Awang, PKR didahulukan. Sikap toleransi yang ditunjukkan beliau harus dituruti ahli-ahli yang lain.

KETIGA, pekung UMNO-BN harus dibuka seluas-luasnya. Banyak isu yang boleh dibangkitkan PR supaya rakyat menolak BN. Isu-isu nasional dan tempatan harus diperjelaskan sebaik mungkin oleh penceramah dan jentera penerangan PR. Banyak isu yang boleh dimainkan seperti APCO, GST, kehilangan enjin F-5E, kapal selam Scorpion, isu Perak, rasuah dalam UMNO, PKFZ, royalti Kelantan, isu arak, kemelut MCA dan banyak lagi.

KEEMPAT, PR juga harus menangkis serangan daripada BN. BN semestinya akan mengunakan isu lompat parti MP PKR. PR harus bersedia dengan jawapan yang lengkap bagi menjawab hentaman yang bakal tiba. PKR juga harus bersedia dengan serangan daripada bekas wakil rakyat mereka yang kini ibarat 'attack dog' UMNO.

KELIMA, isu dakwaan liwat Anwar juga pasti akan digunakan dalam usaha mewujudkan political image Anwar yang buruk. Hal ini kerana,masyarakat secara umum melihat PKR itu Anwar,dan Anwar itu PKR. Jadi untuk mengurangkan undi kepada PKR,imej Anwar harus dicoreng sehitam-hitamnya.

Jadi,untuk PR mengatasi isu itu, VCD fatwa Dr. Yusuf Qaradhawi harus dicetak sebanyak mungkin dan diedar secara percuma kepada pengundi. Biar rakyat tahu bahwa dunia tidak mempercayai konspirasi itu.

Kesimpulannya,kedua-dua pihak mempunyai peluang 50-50 pada PRK kali ini. PR mempunyai kelebihan kerana berlaku pertelingkahan antara MIC-UMNO serta isu-isu nasional yang membelit BN. Manakala BN pula mempunyai kelebihan dari segi jentera media dan penduduk Felda yang ramai yang sememangya pengundi tegar mereka.

Tetapi,pilihanraya ini seperti pertarungan 'sudden death'. Jika BN menerima kekalahan,mereka harus sedar bahwa hayat mereka sudah hampir kepada ajal. Jika PR pula kalah,mereka harus bermuhasabah dan melupakan hasrat untuk menduduki Putrajaya kerana rakyat menolak parti yang mempunyai wakil-wakil rakyat yang tidak konsisten serta tidak tetap prinsip.

Thursday, March 18, 2010

Tolong Cetak dan Sebarkan

Saudara-saudari,

Minta tolong cetak artikel oleh Sdr. Sivarasa ini dan sebarkan, - lebih ramai yang maklum fakta sebenar, lebih baik.

Terima kasih.

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
http://www.kerajaanrakyat.com/

ANWAR IBRAHIM – KONSPIRASI NOMBOR DUA

Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja. Akhirnya bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 haribulan September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.

Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.

Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru - skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.

Kes hairan yang benar-benar pelik

Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudahpun berada dalam pengetahuan orang ramai. Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya. Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar.

Saiful mendakwa dalam laporan polisnya bertarikh 28 June 2008 di Hospital Kuala Lumpur ("HKL") yang dia diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Saiful bercerita kepada pihak polis dalam kenyataannya yang mendakwa dia telah diserang paksa sebanyak 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya oleh Anwar sepanjang dua bulan yang berlalu itu. Dalam laporan polisnya dua hari kemudian pada 28 Jun 2008, dia mendakwa kejadian liwat ini memang berlaku tanpa kerelaan hatinya.Cerita Saiful ini menimbulkan kecurigaan kenapa dia sebagai kononnya "si mangsa"yang dipaksa liwat 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya, selama dua bulan tetapi tidak membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa. Sepanjang waktu itu dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu iti Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel COncorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619. Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen. Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah. Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.

Umum juga telah didedahkan "si mangsa" ini telah juga bertemu dengan Perdana Menteri sekarang (waktu itu masih Timbalan Perdana Menteri) beberapa hari sebelum kejadian yang didakwa itu berlaku. Apa yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini Najib pada awalnya menafikan pertemuan dengan Saiful kepada pihak media, tetapi kemudiannya mengakui, menjelaskan pertemuan itu berlangsung kerana Saiful (gagal dari universiti, tidak habis belajar) meminta bantuan Najib untuk mendapatkan biasiswa. Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa Saiful diliwat Anwar dan dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup traumatik.

Tindak tanduk Saiful selepas kononnya dipaksa liwat pada hari Khamis turut menimbulkan tanda tanya. Pagi besoknya, Saiful ke pejabat Anwar seperti biasa. Dia tidak mengadu kepada sesiapapun dan muncul dalam keadaan yang normal.Pada sebelah petangnya dia menghadiri acara anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah Anwar, yang mana Anwar sendiri turut hadir. Di sana dia membantu menghidangkan kopi kepada sedozen orang yang hadir, tanpa memperlihatkan tanda-tanda takut atau cemas, dia mampu berdiri dan duduk tanpa menunjukkan tanda-tanda ketidak selesaan.

Pada hari Sabtu berikutnya, pada sebelah tengahari, kira-kira jam 2 petang, Saiful memutuskan untuk pergi ke hospital swasta Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Jalan Tun Razak. Di situ, dia mengadu kepada Dr. Osman yang dia merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya dia merasa seperti ada bahan "plastik" yang dimasukkan. Pemeriksaan protoskopi (menggunakan alat protoskop yang bertujuan memeriksa hujung lubang dubur) oleh Dr. Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda penembusan atau kemasukan dan keadaan normal dubur dan rektum hujung usus.

Selesai pemeriksaan, dia memberitahu Dr. Osman yang dia diliwat oleh VIP (orang kenamaan) dan Saiful telah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan. Meskipun HKL hanyalah terletak di seberang jalan, Saiful mengambil masa selama dua setangah jam untuk sampai ke sana. Di HKL, dia melaporkan yang dia diliwat, dia kemudiannya diperiksa oleh oleh tiga orang doktor pakar, yang mana bukanlah suatu prosedur yang biasa. Ketiga-tiga doktor tersebut dalam laporan rasmi mereka menyebut, "tidak ada rumusan hasil pemeriksaan klinikal yang dengan pasti dapat mencadangkan penembusan ke dalam lubang dubur ..." sekali lagi ia menguatkan kesimpulan yang dibuat Dr. Osman.

Sesiapapun yang menjadi penyiasat dengan sifat waras akan memahami bahawa pertuduhan liwat tidak akan ke mana-mana dalam keadaan bukti perubatan sejelas itu. Tiada seorangpun penyiasat yang waras akan meneruskan kes pendakwaan. Di sini kita melihat perkara yang sebaliknya berlaku. Pasukan penyiasat bersungguh-sungguh, biarpun bukti perubatan menunjukkan tidak ada penembusan terhadap lubang dubur. Sifat hasad berniat jahat dalam penyiasatan mengukuhkan lagi kewujudan motif politik disebalik tindakan mereka.

Penyiasatan kes ini diteruskan biarpun hasil laporan pemeriksaan perubatan telah diserahkan dengan serta-merta kepada para penyiasat polis. Spesimen yang diambil dengan pengelap daripada Saiful menimbulkan syak wasangka kerana ia mengambil masa dua hari untuk sampai ke makmal untuk dianalisa. Sekarang kita tahu bahawa pihak pendakwaan akan bergantung kepada bukti DNA dalam cubaan untuk membuktikan Anwar terlibat dalam tindakan meliwat Saiful tanpa kerelaannya.

Bagaimana seorang tua dengan sakit belakang dapat memaksa seorang jejaka yang tinggi dan tegap berusia 24 tahun, boleh menjadi soalan yang menarik untuk dijawab para pemerhati politik sepanjang perbicaraan ini.

Soalan lain yang menarik ialah dalam keadaan bukti kukuh perubatan yang menyatakan pemeriksaan klinikal tidak menemui malah untuk mencadangkan penembusan, kurangnya wibawa laporan DNA yang cuba menunjukkan DNA Anwar ditemui didalam lubang dubur Saiful. Perlu diingatkan bahwa bukti DNA sangat mudah untuk direka atau ditambah-tambah, khususnya jika kerja-kerja mereka-reka tambah bukti ini dilakukan oleh para penyiasat yang sama dalam perbicaraan 1998 dahulu.

Contoh-contoh bukti yang direka-reka bagi mengenakan Anwar

Ini bukan kali pertama, kes yang melibatkan Anwar untuk fenomena bukti yang direka-reka muncul. Kes 1998 dan 1999 penuh dengan kejadian pengakuan yang dirancang, bukti DNA yang direka-reka dan penyembunyian bukti pada pihak polis dan para pendakwa kanan yang terlibat.

Beberapa contoh dapat diberikan. Gani Patail merupakan salah seorang Pendakwaraya Kanan dalam kes Anwar pada tahun 1998 telah didedahkan pada tahun ini sebagai mereka-reka bukti perubatan dalam bentuk laporan perubatan. Ianya berhubung penyiasatan serangan terhadap Anwar pada malam 20 September 1998 bilamana Anwar telah diserang secara ganas oleh Rahim Noor. Setelah dunia melihat mata lebam Anwar, wujud desakan dan barulah diikuti dengan penyiasatan polis. Pegawai Penyiasat dalam kes tersebut, Dato Mat Zain telah mengesahkan hal ini dalam suratnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bertarikh 15 April. Menurut surat itu, Gani Patail dengan bersungguh-sungguh mereka-reka bukti laporan perubatan dengan dibantu Musa Hassan (sekarang Ketua Polis Negara) dalam cubaan untuk cuba mencadangkan kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri. Dr. Mahathir kemudiannya mengumumkan kepada awam tentang kecederaan tersebut dilakukan oleh Anwar sendiri.

Pembentukan bukti rekaan terhadap Anwar juga berlaku dalam kes-kes dan orang-orang yang lain. Gani Patail didakwa terbabis mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuhbagi memaksa dirinya memberi keterangan palsu terhadap Anwar. Hal ini didedahkan dalam akuan bersumpah yang dibuat peguam Nallakaruppan, Manjeet Singh Dhillon yang merupakan saksi langsung cubaan mengugut oleh Gani Patail bagi mendapatkan bukti palsu terhadap Anwar.


Hakim Mahkamah Persekutuan Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria lawan PP [2001] 3 CLJ ada menyatakan bahawa permohonan Anwar untuk membatalkan Gani Patail dan Azahar sebagai pendakwaraya kanan kerana penglibatan mereka dalam mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi mendapatkan bukti rekaan yang diinginkan:
”Dalam keadaan ini, apakah beliau ("Anwar") dianggap tidak wajar atas asas ianya melampaui keraguan munasabah untuk membuat aduan bahawa tindak tanduk Peguam Negara (Gani Patail) sewaktu pertemuan pada 2 Oktober 1998 dalam cubaan memaksa Nalla untuk mereka-reka bukti bagi menyempurnakan tuduhan terhadap Anwar untuk kes kesalahan seksual yang lain?"

Namun Hakim Augustine Paul tidak bertindak untuk membatalkan kelayan Gani Patail dan Azahar. Malah Augustine mendapati peguambela Anwar, Zainur Zakaria bersalah sebagai menghina mahkamah kerana memfailkan permohonan pembatalan kelayakan tersebut dan menjatuhkan hukuman 3 bulan penjara. Gani Patail terus mendaki puncak kekuasaan menjadi Peguam Negara. Azahar pula menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Malaysia Boleh!

Sukma, adik angkat Anwar, ditangkap pada September 1998 dan ditahan tanpa ada perhubungan dengan peguam dan keluarga selama 14 hari. Permohonan peguamnya untuk bertemu dengan Sukma ditolak. Dia disiksa secara mental dan fizikal sehinggalah dia membuat pengakuan melakukan liwat dengan Anwar. Pegawai polis yang dinamakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebagai bertanggungjawab dalam penyiksaan ini ialah Musa Hassan, sekarang Ketua Polis Malaysia. Pemeriksaan fizikal oleh Dr. Zahari Noor menunjukkan tidak ada bukti penembusan - laporan ini diketahui oleh pihak pendakwaraya yang menyembunyikannya daripada pengetahuan mahkamah, saat Sukma mengaku "bersalah" hanya berasaskan pengakuan yang dipaksakan itu. Peguam yang dilantik keluarga Sukma tidak dibenarkan bersuara mewakili anak guamnya setelah dibantah oleh pihak pendakwa raya ( Gani Patail and Yusuf Zainal Abiden ).

Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada Jun 2006 dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP [2007] 4 CLJ 697] menyatakan:

"Di sini kita ada kes kelakuan sumbang pihak pendakwaan dengan secara sengaja menyembunyikan bukti yang memenangkan pihak pembelaan. Tidak ada lagi kes ketidak adilan sejelas ini, apabila pengakuan bersalah didakwa didapatkan dengan cara tekanan yang tidak sah di sisi undang-undang."



Penangkapan dan penahanan Dr Munawar Anees juga sama seperti yang terjadi kepada Sukma, dia ditahan tanpa dapat berhubung dengan peguam dan keluarga, disiksa dan dipaksa membuat pengakuan palsu melakukan liwat dengan Anwar. Malang bagi dirinya, kesemua mahkamah yang dirayu tidak memenangkan kesnya.Hakim-hakim seperti Low Hop Bing J di Mahkamah Rayuan bersama hakim Zaki Tun Azmi ( Ketua Hakim sekarang), Zulkefli Makinudin J. dan Nik Hashim J di Mahkamah Persekutuan telah memastikan permohonan Dr Munawar untuk mendapat keadilan dan membolehkan kesnya dibuka semula telah ditamatkan. Mereka memastikan Dr Munawar tidak berupaya untuk mendedahkan pengalaman pahitnya pada tahun 1998 di tangan pihak polis, pendakwaan dan mahkamah dalam suatu perbicaraan yang baru. Permohonannya untuk menimbal semula keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditolak baru-baru ini pada 28 Desember 2009 oleh panel Mahkamah Persekutuan yang dianggotai Arifin Zakaria J., Raus Sharif J. dan Mohd Ghazali Mohd Yusuf.

Pergeseran yang jelas di antara layanan dalam kes Sukma dan kes Munawar pada peringkat rayuan kepada mahkamah yang lebih atas cukup terang dan nyata. Di dalam sistem perundangan jenayah manapun, apabila pengakuan dicabar atas sebab dilakukaan tanpa kerelaan, pihak tertuduh secara automatiknya dianugerahkan peluang mendengar viva voce (melalui saksi-saksi) berhubung dengan kesukarelaannya. Pendinding perundangan ini menjadi amat penting kerana apabila pengakuan bersalah direkodkan berdasarkan pengakuan tanpa rela. Cukup disesalkan mahkamah tertinggi di Malaysia tidak nampak prinsip-prinsip asas keadilan sistem kehakiman ini. Melalui tindakan tersebut, mereka telah mengesahkan jenayah serius yang dilakukan pihak polis dan pendakwaraya terlibat apabila dia ditangkap, ditahan dan disiksa bagi mendapatkan pengakuan palsu dan dipenjarakan selama enam bulan hanya kerana untuk memburukkan nama Anwar dengan perkaitan hubungan perkenalan.

Konspirasi hasad niat jahat dalam kes sekarang ini

Gani Patail sekarang merupakan Peguam Negara di Malaysia. Musa Hassan ketua pasukan polis negara. Kedua-dua nama, secara khususnya Gani Patail, telah didedahkan oleh Mat Zain sebagai mereka cipta bukti palsu, suatu jenayah yang serius, bagi mengenakan Anwar dalam penyiasatan ke “mata lebam” Anwar.

Penyiasatan kes sekarang ini dibawah kawalan polis yang mendapat arahan dari Musa Hassan. Hasad jahat penyiasatan menjadi cukup nyata apabila anggota polis bersenjata dan bertopeng menangkap Anwar kira-kira jam 1 tengahari di rumahnya pada 16 Julai 2008 – ini terjadi kira-kira dua setengah minggu selepas laporan dibuat Saiful. Penangkapan itu sebenarnya langsung tidak perlu dibuat. Ini disebabkan para peguam Anwar sedang mengiringi beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur pada jam 2 petang hari yang sama bagi menghadiri temujanji yang telahpun diatur sebelum itu dan dipersetujui oleh pegawai polis yang ditugaskan merekod kenyataan Anwar.

Namun, beliau ditangkap umpamanya beliau seorang penjenayah yang sedang melarikan diri. Anwar ditahan semalaman di lokap, sekali lagi ianya tidak perlu dan cukup jelas menunjukkan hasad jahat. Beliau dipaksa tidur di atas lantai simen yang dingin, menambah burukkan kecederaan lama bahagian belakangnya. Alasan yang diberikan polis untuk menahan Anwar selama semalaman adalah kerana mereka perlu menyelesaikan untuk mengambil kenyataan beliau – namun permintaan beliau untuk pulang pada waktu yang dijanjikan telah ditolak. Sekarang ia menjadi amat jelas bahawa Anwar ditahan semalaman dilokap kerana percubaan untuk mendapatlan sampel DNA dari tubuh beliau.

Tuduhan Saiful diperkuatkan lagi dengan Saiful mengambil bahagian dalam acara “sumpah lakhnat” di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 15 Julai 2008 dengan kehadiran Ustaz Ramlang bin Porigi, salah serang imam di sana. Kemudiannya pada bulan Ogos, Ustaz Ramlang mendedahkan yang dia diarahkan oleh Ketua Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAIWP) Dato Che Mat bin Che Ali untuk hadir sebagai saksi saat sumpah tersebut berlangsung. Disebabkan dia membuat pendedahan umum berhubung perkara ini, Ustaz Ramlang kemudiannya ditukar ke bahagian “kewangan” (JAIWP). Beberapa bulan kemudiannya dia dikenakan tindakan disiplin.

Campurtangan politik juga ditunjukkan dalam pengendalian aduan qazaf yang difailkan oleh Anwar ke atas Saiful kepada pihak JAIWP pada 9 Julai (qazaf merupakan kesalahan dibawah undang-undang syariah kerana memberi kenyataan fitnah terhadap orang lain, khususnya dalam hubungannya dengan kesalahan seksual). Jabatan penguatkuasaan JAIWP telah menyelesaikan penyiasatannya dalam masa beberapa bulan dan telah merekod kenyataan dari Anwar, Saiful dan saksi-saksi yang relevan. Sehingga ke hari ini JAIWP masih belum mengisytiharkan tidak ada kesalahan yang dilakukan Saiful. Dalam masa yang sama, tidak ada pendakwaan terhadap Saiful yang cuba dibuat. Para pegawai JAIWP telah diarahkan oleh Menteri Persekutuan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Saiful, atas alasan kes liwatnya masih belum habis berlangsung. Hal ini adalah salah kerana perundangan kedua mahkamah ini adalah terpisah dan indipenden dan sekali lagi ia menunjukkan campurtangan politik.

Hasad jahat dan berat sebelah di pihak pendakwaan; memegang dokumen daripada pihak pembelaan; perbicaraan tidak adil

Perhatian yang serius patut diberikan terhadap hasad jahat dan sikap berat sebelah di pihak pendakwaan. Gani Patail menandatangani sijil pemindahan kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Yusuf Zainal Abiden, Pendakwaraya Kanan dalam pasukan pendakwaan kes sekarang juga terlibat secara giat dalam kes Sukma dan kes pendakwaan Anwar pada tahun 1998. Terdapat keprihatinan dengan memberikan sikap berat sebelah dan mala fide atau niat jahat yang ditunjukkan pihak pendakwaan dalam kes-kes sebelum ini, bahawa Anwar tidak akan mendapat perbicaraan yang adil daripada Pendakwaraya Kanan yang mendakwanya sekarang.

Beberapa tindakan berniat jahat telahpun ditunjukkan dalam persoalan pencarian dokumen-dokumen dan bukti dalam kes semasa ini. Permohonan beterusan dari barisan para peguam Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang sesuai bagi mempersiapkan pembelaan seperti kenyataa saksi Saiful dan saksi-saksi lainnya tidak dilayan oleh Pendakwaraya Kanan. Anwar kemudiannya memohon dokumen-dokumen ini kepada hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi. Hakim Zabidin Mohd Diah telah membenarkan permohonan Anwar ini. Pihak pendakwaraya pula merayu, yang menyebabkan Mahkamah Rayuan mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi. Rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan ditolak pada Jumaat 28 Januari 2010. Suatu keputusan yang tidak mengejutkan, dengan melihat pendirian politik yang diambil oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr Munawar.

Fakta menunjukkan rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan terhadap beberapa hal penting berhubung pengeluaran dokumen itu masih lagi menunggu keputusan. Namun demikian, hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi pada 6 Disember 2009 muncul dalam keadaan tertekan untuk menetapkan tarikh perbicaraan lebih awal dan menetapkan perbicaraan dimulakan pada 25 Januari selama sebulan. Hakim yang sama pernah berkata bahawa tahun ini tarikh perbicaraan tidak akan ditetapkan sehinggalah perihal mendapatkan dokumen-dokumen itu ditentukan oleh rayuan ke peringkat mahkamah yang lebih atas.

Keadilan perbicaraan yang bakal dihadapi Anwar telah dipersoalkan dengan penafian dokumen-dokumen penting bagi persiapan pembelaan. Di dalam perbicaraan jenayah pada hampir keseluruhan sistem perundangan, pihak tertuduh akan diberikan, sebelum perbicaraan, kenyataan-kenyataan kesemua saksi dan keseluruhan dokumen yang dikeluarkan oleh kesemua saksi terbabit. Prosedur ini memastikan keadilan terhadap semua pihak, dan menghalang penangguhan perbicaraan. Meskipun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, namun perbicaraan Anwar akan berjalan seperti cara lama dengan serangan-serangan hendap penghujahan dan pembuktian. Setiap butir-butir perincian kes pendakwaan dan banyak dokumen-dokumen penting akan dilihat kali pertama oleh pihak pembelaan hanya sewaktu perbicaraan berlangsung. Ianya meletakkan pihak tertuduh dan para peguam belanya dalam keadaan tekanan yang tidak adil.

Konspirasi politik

Kunci kepada perbicaraan ini dapat dilihat dengan tindak-tanduk bermotif politik oleh pihak pendakwaan dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat, secara khususnya Gani Patail (Peguam Negara sekarang) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara sekarang) serta Perdana Menteri hari ini.

Pakatan Rakyat dan Anwar telah mengkritik mereka secara habisa-habisan di dalam dan di luar parlimen – Peguam Negara Gani Patail dengan perlakuan jenayahnya sendiri di dalam kes penyiasatan “mata lebam”, kegagalannya untuk memastikan pendakwaan bagi banyak kes-kes rasuah yang serius, secara khususnya yang berkaitan dengan jenayah dan rasuah yang didedahkan dalam video klip VK Lingam; juga terhadap hubungan terhadap dakwaan-dakwaan berwibawa keterlibatan KPN Musa Hassan dalam tindakan jenayahnya berserta hubungan rasuahnya dengan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap seperti BK Tan dan Goh Cheng Poh.

Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Perdana Menteri dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Anwar juga berulang kali mendesak Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya atas dakwaan berwibawa penglibatan dirinya dan isterinya Rosmah dalam pembunuhan terkenal model Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Blog-blog di internet melaporkan bukti akuan bersumpaj yang dibuat oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam yang mengatakan Altantuya memberitahunya yang dia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib dan kaitannya dengan rundingan pembelian senjata yang sama serta tentang bagaimana DSP Musa Safiri, pegawai polis pengiring Najib memainkan peranan dalam penangkapan dan pelenyapan Altantuya. Musa Safiri malah tidak dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Anwar pada bulan Julai tahun 2008 dan pada Februari tahun lalu turut memfailkan laporan polis berkenaan Gani Patail dan Musa Hassan atas peranan mereka dalam mereka-cipta bukti terhadap diri beliau dalam penyiasatan kes “mata lebam” pada tahun 1998. Laporan itu juga turut mendakwa mereka bersubahat memfailkan laporan polis palsu pada malam 20 September 1998 dalam hubungannya dengan penangkapan Anwar di rumah beliau di Bukit Damansara. Tidak ada satupun laporan-laporan ini menghasilkan pendakwaan biarpun seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat Gani melakukan kesalahan jenayah dalam kes penyiasatan “mata lebam”.

Penyalahgunaan lembaga-lembaga awam seperti pasukan polis, Pejabat Peguam Negara, Kehakiman dan institusi lainnya seperti yang pernah terjadi pada tahun 1998, sedang berlaku sekali lagi dengan kes terbaru ini. Ia bukanlah kes jenayah yang mudah. Apa yang sedang diperjudikan sekarang ini adalah penggunaan kes aniaya dan palsu sebagai senjata politik untuk menghentikan kemajuan Anwar Ibrahim dan gerakan politik Pakatan Rakyat yang dipimpinnya. Suatu kemajuan gerakan yang mengancam kewujudan dan masa depan kerajaan Barisan Nasional dan para pemimpinnya.

Sivarasa Rasiah